Monday, November 23, 2015

DISKUSI KEDUA

Pada 23 NOVEMBER 2015, perjumpaan kedua diadakan untuk merancang dengan lebih mendalam dengan menyenaraikan segala maklumat- maklumat penting yang berkaitan untuk melaksanakan kajian ini.
Lokasi etnik Temuan telah dikenalpasti iaitu di sekitar Semenyih, Hulu Langat, Selangor. Kami dalam usaha untuk berurusan dengan "Tok Batin" mereka untuk melaksanakan kajian ini. Kami telah meminta bantuan seorang pensyarah UKM yang sangat berpengalaman dalam berurusan dengan masyarakat orang asli melalui program- program khidmat masyarakat yang telah beliau laksanakan sebelum ini.
Selanjutnya, kami akan memilih dan menentukan satu tarikh untuk kami "turun padang" iaitu ke lokasi penempatan masyarakat orang asli Temuan tersebut untuk tujuan temubual dan melawat kawasan- kawasan kajian. Selain itu, pembahagian kerja- kerja juga telah dibuat untuk memudahkan segala urusan seterusnya. Bersambung...

No comments:

Post a Comment