Monday, November 23, 2015
DISKUSI PERTAMA
Pada 12 Oktober 2015 yang lalu kami buat pertama kalinya berbincang untuk memilih salah satu suku kaum minoriti yang terdapat di Malaysia untuk didokumentasikan dalam hasil kajian subjek Hubungan Etnik..
Hasil perbincangan telah memutuskan untuk memilih etnik kaum asli yang terdapat di Malaysia.
Pemilihan suku kaum asli adalah disebabkan terdapat banyak aspek- aspek yang menarik yang kami jangka dapat dipelajari di akhir kajian ini.
Sebulat suara telah memutuskan untuk memilih suku kaum asli Temuan sebagai kumpulan sasaran kajian. Hal ini adalah kerana kewujudan etnik tersebut tidak kami sedari. Kami ingin menyahut cabaran ini sebagai satu peluang atau usaha untuk mengenali etnik suku kaum Temuan ini dengan lebih lanjut.
Oleh yang demikian, kami telah merangka sebuah perancangan kajian untuk mendekati etnik kaum asli Temuan ini. Kajian kami yang diberi nama "PENGEMBARAAN MAHASISWA MESRA" dianggotai seramai 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM.
Antaranya adalah Shafiq(Kewangan), Fahmi(Pengurusan Risiko), Eyda(Akaun), Tirah(Akaun), Aida(Akaun), Shafika(Kewangan), Nadh(Akaun) dan Liana(Akaun).
Objektif atau matlamat kami bukan sekadar ingin mengenali mereka sahaja. Tetapi dengan skop yang lebih jelas, kami ingin mengkaji apakah peranan etnik orang asli Temuan ini dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Persoalan yang sering bermain di minda kami adalah dalam aspek apakah sumbangan etnik ini telah menyumbang kepada negara kita tanpa kami sedari. Adakah makanan? cara hidup? upacara? perundangan? adat resam? atau perubatan?.
Sifat ingin tahu inilah yang telah mendorong kami untuk melaksankan kajian ini.
Bersambung........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment